1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
MH370: Malaysia Bagi Banyak Maklumat, Tepat Dan Cepat! – Jepun
KUALA LUMPUR – Dalam apa yang disifatkan oleh media
antarabangsa sebagai misteri paling membingungkan dalam penerbangan moden, bakal
Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa menafikan bahawa maklumat
diberikan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah
tidak selaras.
Dalam taklimat media di kediaman duta itu di sini hari ini, beliau berkata
setakat ini, tiada tanggapan sedemikian daripada anggota pasukan SAR Jepun.
“Terdapat 107 pegawai, terdiri anggota Kementerian Pertahanan dan Pengawal
Pantai Jepun, berpangkalan di Lapangan Terbang Subang, dan tiada sebarang
masalah seumpama itu daripada pihak kerajaan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia memberikan kerjasama baik kepada kami, memberikan kami
banyak maklumat, tepat pada masanya dan amat cepat. Oleh itu, kami tiada
sebarang masalah untuk menyertai operasi ini,” katanya.
Kepada soalan sama ada Jepun akan menghentikan misi SAR, Miyagawa berkata
Jepun tidak akan menghentikan kerjasamanya untuk membantu Malaysia, malah akan
meneruskan dan memperluaskan bantuan berdasarkan perkembangan terbaru. – Bernama


Catat Ulasan