KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Mesej terakhir dihantar selepas komunikasi dipadam
Kerajaan Malaysia mengesahkan orang yang mengawal pesawat Malaysia Airlines MH370 menghantar mesej terakhir kepada pusat kawalan trafik udara selepas sistem komunikasi pertama dipadam, menambah kepada kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang itu dirampas, lapor The Guardian.
Pendedahan terbaru ini mencadangkan orang yang menghantar mesej “All right, good night” kepada pusat kawalan udara Kuala Lumpur sebelum Boeing-777 hilang daripada radar pada 1.22 pagi dan dialihkan dari destinasinya ke Beijing turut sedar Sistem Laporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) dipadamkan secara manual, lapor akhbar Britian itu lagi.
Sebaik sahaja pautan ACARS hilang, transponder pesawat ditutup pada 1.22 pagi pada 8 Mac, menyebabkan ia hilang daripada radar komersial dan berpatah balik di pantai Kelantan seperti yang disahkan oleh radar tentera, pesawat berpatah balik ke semenanjung menuju Selat Melaka.
Ini menimbulkan kemungkinan teori pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing itu mungkin dirampas.
Putrajaya berkata sebelum ini mereka kini memberikan tumpuan untuk menyiasat penumpang MH370 termasuk dua juruterbang, 10 anak kapal dan 227 penumpang pesawat yang hilang itu.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan polis menggeledah rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid di Shah Alam, Selangor.
Polis mengklasifikasikan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines sebagai tindakan keganasan yang juga bermaksud rampasan dan sabotaj, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau memberitahu pemberita semalam, semua terpakai di bawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Katanya, ia juga termasuk penyiasatan di bawah Akta Kesalahan Penerbangan.
Khalid berkata, polis masih memberi tumpuan kepada empat bidang penyiasatan termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi.
"Itu tidak berubah," katanya pada satu sidang media bersama Hishammuddin semalam.
Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan pada Sabtu bahawa kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, sengaja dialihkan dan peranti penghantaran kapal dimatikan untuk mengelak daripada dikesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan penutupan hubungan komunikasi adalah perbuatan sengaja tetapi tidak mengatakannya sebagai rampasan pesawat.
Polis pada Sabtu mengeledah rumah Zaharie dan merampas sebuah simulator penerbangan. Tindakan yang sama juga dilakukan di rumah Fariq.
"Dengan perkembangan terbaru ini, kami pergi ke rumahnya dan mengambil simulator penerbangan miliknya.
"Kami mengambilnya dari rumah dan memasangnya di pejabat. Kami akan mendapatkan pakar untuk memeriksanya," kata Khalid.
Apabila ditanya mengapa carian tidak dilakukan lebih awal, Khalid menjawab pihak berkuasa tidak melihatnya sebagai satu keperluan sebelum ini.
Khalid berkata, Malaysia masih belum menerima laporan mengenai pemeriksaan latar belakang ke atas semua penumpang MH370 yang hilang daripada negara masing-masing. – 17 Mac, 2014.
Catat Ulasan