Home » » MH370: Operasi mencari hari ke-20 dihentikan kerana cuaca buruk

MH370: Operasi mencari hari ke-20 dihentikan kerana cuaca buruk


KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menjejaki pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi yang kini telah memasuki hari ke-20 telah dihentikan buat sementara waktu disebabkan cuaca buruk.

Pesawat dan kapal yang digunakan dalam misi ini telah diarah untuk kembali semula ke Perth dari kawasan mencari yagn dipercayai lokasi pesawat MH370 berakhir.


“Ramalan di kawasan itu mendapati terdapat ketulan ais, angin kuat dan jarak penglihatan hampir sifar,” pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang bertangungjawab ke atas pesawat P8 Poseidon, Leftenan Komander Adam Schantz memberitahu Reuters.

“Mereka yang berada di lokasi sedang dalam perjalanan balik ke sini dan semua misi setakat ini ditangguhkan,” kata Schantz menurut laporan tersebut.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memberitahu, 11 pesawat dan lima kapal telah dikerah bagi meneruskan usaha menjejaki pesawat malang tersebut.

Operasi pencarian dibahagikan kepada dua kawasan yang meliputi 78,000 kilometer persegi, di selatan Lautan Hindi.

Misi pencarian hari ini melibatkan dua pesawat AP-3C Orion milik tentera laut Australia, jet Ilyushin IL-76 oleh pihak China, P-8 Poseidon oleh Amerika Syarikat dan pesawat P-3 Orion milik kerajaan Jepun.

HMAS Success turut dihantar bagi operasi ini di kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer Barat Daya Perth bersama-sama empat kapal dari kerajaan China - Xue Long, Kunlunshan, Haikou and Qiandaohu.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-operasi-mencari-hari-ke-20-dihentikan-kerana-cuaca-buruk-32628?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger