KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Rakyat Malaysia tetap doakan kesejahteraan
SHAH ALAM - Walaupun hari ini masuk hari ketiga pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) hilang tanpa dikesan, rata-rata rakyat Malaysia masih meneruskan doa dan mengharap pesawat itu segera dikesan.
Tinjauan Sinar Harian Online, mendapati rakyat Malaysia termasuk pemimpin politik melalui media sosial terutama Facebook terus meluahkan rasa prihatin dengan mendoakan kesejahteraan penumpang seramai 237 termasuk 12 anak kapal dalam pesawat tersebut.
Pemilik akaun Facebook Syukri Johari, berkata, "Mari berdoa untuk MH370. Bersamalah kita berdoa semoga semua penumpang berada didalam situasi yang baik dan selamat sehingga kesemua mereka di temui nanti," katanya.
Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Muhamad Saufi Imran turut menyuarakan perasaan kurang senangnya terhadap maklumat yang tersebar mengenai pesawat itu diputar belit oleh pihak tertentu.
"Tolang jangan putar belitkan cerita tentang kehilangan pesawat MAS MH370 dengan pengganas, politik, agama dan sebagainya.
"Biarlah pihak berkuasa yang mengurus serta memberi informasi yang tepat kepada kita dan kita sebagai hamba ALLAH, kita hanya mampu berdoa agar mereka dapat ditemui," katanya.
Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menggesa masyarakat supaya tidak putus harapan.
"Tiada kata yang boleh diungkap untuk menenangkan hati ahli-ahli keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370.
"Yang dapat kita buat adalah untuk terus berdoa untuk mereka. Agar dimana sahaja mereka berada, mereka selamat dan mendapat perlindungan tuhan," katanya.
Sehubungan itu, tinjauan Sinar Harian Online juga mendapati di laman Facebook dipenuhi poster mengenai MH370 yang mengharapkan ianya selamat dan ditemui segera.
--SINAR
Labels:
Disaster
Catat Ulasan