1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
MH370: Tentera Udara India dapat kerjasama padu daripada Malaysia
SUBANG: Tentera Udara India, turut terbabit dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, mendapat kerjasama padu daripada pusat penyelarasan Malaysia, kata Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi India Kol Praveen Chabbra.
"Tentera Udara India dan Malaysia berhubung secara terus dalam penyelarasan operasi SAR (mencari dan menyelamat) dan (kami) mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pihak Malaysia," katanya.
Kol Chabbra berkata demikian pada majlis perpisahan diadakan sempena pelepasan pesawat C-130 India, satu daripada dua aset dihantar kerajaan India untuk membantu misi mencari pesawat Boeing 777 yang hilang itu, melibatkan pelbagai negara.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Operasi mencari melibatkan pelbagai negara digerakkan untuk mencari pesawat itu, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya di kawasan darat dan laut di barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dikesan melencong daripada laluan biasa dan terbang selama tujuh jam dengan sistem komunikasinya dimatikan.
Susulan analisis pada data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom (UK), Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, selatan Perth, Australia.
Pada Isnin malam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi", yang tidak mempunyai tempat untuk mendarat. - BERNAMA
Labels:
MH370


Catat Ulasan