KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Pandangan pakar misteri pesawat MH370
China Press telah memetik laporan Apple Daily berhubung pandangan pakar mengenai beberapa kemungkinan misteri kehilangan pesawat MH370.
(1) Pesawat ini telah diletupkan atau tersilap tembak oleh pesawat tentera dan peluru berpandu.
Jawapan pakar : Keadaan ini mungkin berlaku.
(2) Pesawat MH370 telah menghala ke barat dan sistem komunikasinya dipadamkan.
Jawapan pakar : Pesawat sukar untuk mengelakkan radar tentera Malaysia, Thailand, India dan Indonesia. Jika keadaan ini benar berlaku dan gagal dikesan, maka ramai anggota tentera dari pelbagai negara akan dikenakan hukuman.
(3) Masalah enjin menyebabkan pesawat menjunam, lalu menyebabkan ia hilang.
Jawapan pakar : Pesawat boleh berpatah balik secara segera jika juruterbang mengesan masalah pada kapal terbang.
(4) Isyarat kotak hitam gagal diterima kerana pesawat telah meletup di udara.
Jawapan pakar : Letupan udara lebih banyak berlaku pada masa dulu, tetapi teknik pembaikian dan penyelenggaraan kapal terbang kini adalah lebih canggih.
(5) Kemungkinan juruterbang membunuh diri seperti pernah berlaku pada 1997 apabila juruterbang Silk Air membawa pesawat menjunam ke sungai menyebabkan 104 orang terbunuh.
Jawapan pakar : Badan pesawat mungkin masih berada dalam keadaan baik jika keadaan ini berlaku, tetapi pesawat akan dimasuki air dan tenggelam ke dalam air. Usaha mencari akan menjadi lebih susah,
---Sumber
Catat Ulasan