Home » , » Perbuatan terkutuk bapa kandung terbongkar

Perbuatan terkutuk bapa kandung terbongkar


KUALA TERENGGANU - Mahkamah majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dan satu sebatan ke atas seorang bapa selepas didapati bersalah mencabul kehormatan anak kandungnya, dua tahun lalu.
Lelaki berusia 34 tahun itu didapati bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa yang ketika kejadian baru berusia lima tahun di kediaman mereka, di Kubang Parit, di sini.
Dia didapati bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di antara 17 Mei 2012, kira-kira 12.30 tengah hari hingga 21 Mei 2012, lebih kurang jam 9.30 pagi.
Dengan itu, tertuduh didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri di hadapan majistret Abdul Hayyi Salim, lapor Sinar Harian.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger