Home » , » #PrayToMH370 Masuk ada, keluar tiada

#PrayToMH370 Masuk ada, keluar tiada


Kuala Lumpur: Kewujudan dua penumpang menggunakan pasport milik orang lain di dalam pesawat MH370 termasuk seorang disyaki dari wilayah Xinjiang, China mendorong pihak berkuasa meluaskan skop siasatan kepada pelbagai kemungkinan termasuk unsur pembabitan pengganas.

Sumber memberitahu Harian Metro, dua lelaki terbabit dikesan masuk ke negara ini pada 28 Februari lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.30 malam.
“Mereka tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Qatar Airways QR849 dari Doha, Qatar,” katanya.

Menurutnya, semakan pihak berkuasa juga mendapati dua lelaki terbabit memasuki negara ini menggunakan pesawat sama pada masa yang hampir sama sebelum seorang daripada mereka menaiki pesawat MH370 ke Beijing pada 7 Mac lalu.
“Seorang daripada mereka hanya mempunyai rekod masuk (tiba) ke KLIA, tetapi tiada rekod keluar (dari KLIA). Namun kami percaya suspek kedua itu juga turut menaiki pesawat MH370 ke Beijing,” katanya.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger