Home » » Remaja 17 tahun maut dilanggar bas

Remaja 17 tahun maut dilanggar bas


BESUT - Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah bas ekspres di Simpang Tiga, Kampung Apal, Jabi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Abrar Abd Rahman, 17, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Kuala Terengganu ke Jertih.
(GAMBAR HIASAN)
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa sebelum itu dikatakan keluar dari sebelah kiri ke jalan utama dengan membuat pusingan U.

Bagaimanapun katanya, jarak terlalu dekat menyebabkan berlaku pelanggaran dengan bas berkenaan.

“Mangsa maut di tempat kejadian dipercayai akibat terlanggar bahagian cermin depan bas berkenaan,” katanya.

Menurut Kamaruddin lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Malah kata beliau, pihaknya turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas berusia 55 tahun terbabit, namun didapati negatif dadah.

“Kes  disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1997,” katanya.
--SINAR
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger