KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Temui tumpahan minyak di Teluk Siam
Hong Kong: Tumpahan minyak sepanjang hampir 20 kilometer dikesan di perairan di antara Malaysia dan Vietnam petang semalam - dipercayai petanda pertama mengenai pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang.
Pengarah Penerbangan Awam Vietnam, Lai Xuan Thanh berkata kesan itu ditemui oleh tentera laut negara itu dan maklumat mengenainya sudah dimaklumkan kepada Malaysia dan Singapura. “Kami masih meneruskan operasi mencari,” katanya yang dilaporkan agensi berita antarabangsa, malam tadi. Lai berkata, dia tidak pasti sama ada lokasi tumpahan minyak itu berada berhampiran dengan Malaysia atau Vietnam.
Katanya, ia terletak di laluan masuk Teluk Siam. Sementara itu di Kuala Lumpur, seorang bekas pakar Mencari dan Menyelamat (SAR) berkata, berdasarkan pengalamannya kemungkinan besar pesawat B777-200 itu terjatuh di dalam laut.
Bekas Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Pegawai Mencari dan Menyelamat (SAR), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar (B) Murali Bhaskaran berkata, ini kerana usaha mengesannya sukar selain mengambil masa yang lama. Menurutnya, setiap pesawat sudah dipasang dengan sejenis alat dikenali sebagai Transmitor Lokasi Kecemasan (ELT- 406MHz) yang akan memberi isyarat melalui satelit COSPAS SARSAT sekiranya berlaku kemalangan atau pesawat terhempas.
“ELT terdapat pada bahagian kokpit dan bahagian ekor pesawat yang berfungsi menghantar isyarat ketika berlaku kemalangan. “Isyarat kecemasan akan diaktifkan di satelit COSPAS SARSAT di mana ia akan diproses dan dihantar ke Local User Terminal (LUT) di darat dan diproses.
“Isyarat itu kemudian dihantar ke Mission Control Centre (MCC) seterusnya ke Rescue Coordination Centre (RCC) untuk menghantar pesawat bagi penugasan menyelamat,” katanya.
Katanya, isyarat itu akan diterima oleh satelit COSPAS SARSAT dan akan disalurkan kepada semua negara yang mempunyai sistem LUT dan SAR point of Contact ( SPOC) ke seluruh dunia sekali gus membolehkan mereka mengesan kedudukan sebenar pesawat.
Pesawat B777-200, penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing dilaporkan hilang ketika berada di ruang angkasa Ho Chi Minh pada 2.40 pagi semalam.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam (waktu Beijing).
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Murali Bhaskaran berkata, sekiranya benar pesawat hilang di lautan, pasukan mencari dan menyelamat boleh mengesan kedudukannya berdasarkan kesan tompokan minyak atau serpihan pesawat.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) boleh dilakukan di lokasi terakhir (Last Known Position) pesawat berkenaan berhubung dengan Pusat Kawalan Trafik Udara. Dalam kejadian ini, pasukan SAR dari Pusat Penyelamat Kecemasan Vietnam akan diaktifkan.
“Manakala Agensi SAR Kebangsaan (Malaysia) akan memberi bantuan dan kerjasama dari pelbagai sudut. Operasi ini (Mass Rescue Operation) memerlukan perancangan yang sangat teliti,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Global SAR Resources Sdn Bhd berkata, pesawat tersebut yang berdepan dengan masalah hanya mampu bertahan di udara selama tujuh jam sebelum kehabisan minyak atau melakukan pendaratan kecemasan.
--hmetro
Catat Ulasan