Home » » Terkejut temui mayat tanpa kepala terdampar

Terkejut temui mayat tanpa kepala terdampar


ROMPIN - Dua nelayan yang asyik mengutip botol di Pantai Batu 6 Janglau dekat sini terkejut apabila menemui mayat lelaki tanpa kepala terdampar di tepi pantai.
Mohd Sharif Kupa dan rakannya ternampak sekujur tubuh terbaring di kawasan itu tetapi apabila mendekatinya mereka terkejut apabila mendapati mayat itu tidak berkepala.
Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata, mayat lelaki tanpa kepala yang berusia lingkungan 20an itu masih lengkap berbaju t dan berseluar pendek.
Katanya, pemeriksan awal mendapati terdapat satu lubang di bahagian dada mayat yang tidak dapat dipastikan sama ada dicederakan, tercucuk objek tajam atau kemungkinan dimakan ikan semasa hanyut. Identiti mangsa belum dapat dipastikan selain mayat itu sudah mereput.
Punca kematian belum dapat dipastikan.
Kata Johari, mayat itu di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga lelaki agar menghubungi
Balai Polis Kuala Rompin di talian 094145222, lapor Bernama.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger