Home » » Usah panik, kilang Lynas tidak terbakar

Usah panik, kilang Lynas tidak terbakar


KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menafikan khabar angin mengenai kebakaran kilang Lynas yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), blog dan facebook, hari ini.

Timbalan Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, kebakaran itu hanya membabitkan kawasan hutan berdekatan sahaja dan tidak merebak ke kawasan kilang di Gebeng.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan sehingga menimbulkan panik penduduk setempat.

“Saya memantau kebakaran di situ dan sehingga kini keadaan terkawal kerana anggota bomba sentiasa menjalankan tugas dengan kerja-kerja pemadaman,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, seramai 50 anggota bomba dengan tiga jentera dan dibantu anggota Gebeng Emergency Mutual Aid (Gema) bagi memadam kebakaran yang bermula tiga hari lepas.

Katanya, cuaca panas dan angin kencang mengakibatkan api merebak dan asap kuat memenuhi ruang udara tetapi keadaan tidak menghalang lalu lintas.

Nazili berkata, sehingga jam 7 malam tadi, kebakaran hutan seluas kira-kira 16 hingga 20 hektar hutan itu berjaya dikawal.

Sementara itu, jurucakap Lynas turut menafikan kebakaran mengakibatkan operasi kilang mereka terganggu dan mengesahkan kilang berkenaan beroperasi seperti biasa.

SMS yang disebarkan kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu memaklumkan kilang Lynas terbakar akibat gas yang mudah terbakar dan tersimpan di belakang stor dan selain menasihatkan orang ramai di bandar ini berhati-hati dengan keadaan berjerebu.
--sinar

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger