Home » » Ibu ditikam lebih 40 kali

Ibu ditikam lebih 40 kali


GARA-gara tertekan dengan penderaan mental dan fizikal, seorang anak menikam ibunya, Tolu Kalejaiye, lebih 40 kali di Wickford, Britain.
Selepas melakukan pembunuhan, Emmanuel Kalejaiye, 21, dikatakan menyamar sebagai ibunya untuk memperdaya jiran supaya mereka beranggapan ibunya itu masih hidup.
Ketika pendengaran kes, pendakwa mendakwa, suspek merancang melakukan pembunuhan dan menghapuskan bukti dengan sempurna.
Sebanyak 12 juri bagaimanapun mendapati pelajar jurusan biokimia di Universiti Essex ini tidak bersalah melakukan pembunuhan tetapi bersalah menyebabkan kematian kerana masalah mental.
Ketika serangan itu, ibunya yang juga seorang akauntan berusia 44 tahun sempat meninggalkan pesanan telefon kepada kekasihnya, Leo Shogunle untuk meminta tolong.
Malangnya, pesanan suara mengandungi jeritan mangsa itu hanya diketahui beberapa jam selepas kejadian.
Shogunle kemudian bergegas ke rumah mangsa dan mendapati mangsa berlumuran darah di lantai dapur. Suspek memberitahu, ibunya diserang sekumpulan lelaki sebelum dia bertindak melarikan diri.
Dalam rakaman kamera litar tertutup di sekitar pejabat pos pada pukul 10.30 pagi, suspek dilihat membeli setin minuman sebelum pergi menyerah diri di balai polis berhampiran.
“Saya mengaku membunuh ibu dengan menikamnya kerana saya didera sejak beberapa tahun lalu,” katanya ketika di soal siasat menurut laporan Mail Online, lapor Sinar Harian.
Share this article :

+ comments + 1 comments

22 April 2014 pada 6:35 PTG

Ngeri pulak tgok pisau dan darah tu huh..adakah aku takut tgok darah ni? hmm

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger