Kuala Lumpur – Seorang lelaki warga Indonesia berusia 40 maut selepas ditembak empat das dari jarak dekat di gerai makan di Jalan Raja Bot, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian 7.40 malam, seorang pelayan wanita berusia 33 tahun turut cedera selepas terkena serpihan peluru yang menembusi badan mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mangsa ditembak dari jarak tiga meter ketika baru sahaja sampai ke lokasi kejadian dipercayai untuk bertemu dengan rakannya.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh datang menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan, lapor myMetro.
“Identiti mangsa masih belum diketahui dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut manakala pelayan wanita terbabit turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Catat Ulasan