Home » » Mak Camni Pun Ada… Ibu Bekal Dadah Untuk Anak Dicekup Di Mahkamah

Mak Camni Pun Ada… Ibu Bekal Dadah Untuk Anak Dicekup Di Mahkamah


BALIK PULAU – Tindakan berani seorang ibu membawa masuk heroin yang dibalut menggunakan tembakau menyerupai roti sardin gulung memakan diri apabila dia diberkas semasa menyerahkan bungkusan tersebut kepada anak lelakinya di galeri awam Mahkamah Majistret di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 11.15 pagi, wanita yang berusia 56 tahun itu ditahan polis pengiring sebaik melihat suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan memberi satu bungkusan beg plastik kepada anaknya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) di tangga galeri awam kamar mahkamah.
Sebelum itu, anak lelaki wanita itu yang berumur 35 tahun baru dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas pertuduhan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Si ibu yang juga seorang suri rumah dikatakan datang ke mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes anaknya itu selain dipercayai mahu menyerahkan bekalan dadah kepada anaknya yang turut mempunyai beberapa pertuduhan lain berkaitan kes dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, malangnya tindakan wanita itu disedari anggota polis selepas anak suspek itu cuba menyerahkan bungkusan yang diberi ibunya kepada seorang lagi OKT lain yang merupakan seorang lelaki berusia 57 tahun.
Menurut beliau, anggota polis pengiring OKT yang dibawa ke mahkamah pada hari tersebut, sebelum itu telah memberi arahan kepada semua OKT supaya tidak mengambil sebarang bungkusan daripada mana-mana pihak termasuk daripada ibu sendiri, lapor Kosmo.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger