Home » » MH370: Banyak objek dikesan semalam - JACC

MH370: Banyak objek dikesan semalam - JACC


KUALA LUMPUR: Banyak objek dikesan semasa operasi mencari semalam tetapi tiada satu pun antara sejumlah kecil yang berjaya diambil adalah berkaitan pesawat MH370, menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia.

"Pesawat dan kapal melaporkan melihat objek dalam jumlah yang besar ketika pencarian semalam tetapi hanya sejumlah kecil sahaja yang berjaya diambil.
"Tiada satu pun objek yang diambil itu dipercayai berkaitan dengan MH370," menurut kenyataan JACC.

Menurut agensi itu, sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal akan terbabit dalam pencarian pesawat MH370 hari ini di kawasan seluas 57,923 kilometer persegi di Lautan Hindi, 2,280 kilometer ke barat laut Perth.

"Pencarian di bawah permukaan laut berterusan hari ini dengan kapal ADV Ocean Shield di bahagian utara manakala kapal Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan kawasan pencarian," menurut kenyataan itu.
--BH
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger