KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Hishammuddin ‘Tak Dapat Tidur’ Memikirkan Petunjuk Terbaru
BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Itulah yang terjadi dengan pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan kita, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Kita semua tahu yang semalam kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik.
Selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China.
Justeru kapal HMS Echo sudah dikerah ke lokasi kapal China Haixun 01 untuk mengesahkan sama ada isyarat itu ada kaitan dengan MH370.
Untuk rekod, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi.
SEMENTARA itu jauh beribu batu dari lokasi, Hishammuddin di Kuala Lumpur menghantar tweet dalam akaun twitternya, berkongsi ‘debaran’ berikutan perkara tersebut.
Malah beliau mengakui ‘tak tidur’ bila mendengar berita berkenaan.
Bersabarlah Datuk Seri…. – Mynewshub.my
Labels:
MH370
Catat Ulasan