KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370 Lokasi pencarian lebih fokus
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan berusaha memulihkan reputasi pasarannya dalam tempoh lebih singkat berikutan tragedi kehilangan pesawatnya bersama 227 penumpang dan 12 kru.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata biasanya syarikat penerbangan mengambil masa enam bulan untuk berbuat demikian ekoran tragedi tetapi MAS akan melakukannya dalam tempoh lebih singkat.
Beliau mengakui bahawa insiden malang itu menjejas imej syarikat penerbangan itu, tetapi optimistik MAS akan dapat mengatasi keadaan itu dan terus bergerak ke hadapan.
"Kami ada banyak kerja. Jika anda perhatikan pengalaman syarikat penerbangan lain, mereka mengambil masa enam bulan untuk pulih dari isu reputasi pasaran sebegini.
"Tetapi kita bercadang mengatasinya lebih cepat," kata beliau.
Menjawab pertanyaan seorang wartawan asing pada sidang akhbar mengenai perkembangan terbaru kehilangan pesawat MAS berkenaan, Ahmad dengan tenang menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan kerana "Saya ada kerja yang perlu diselesaikan".
Pesawat MAS MH370 yang dijadual ke Beijing, lenyap dari imbasan radar pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi. - Bermama
Labels:
MH370
Catat Ulasan