KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370 Najib: Australia nyata kawan sejati
PERTH - AUSTRALIA . Tindakan segera Australia berhubung misi menjejaki MH370 selain tidak menetapkan garis masa pembabitannya, membuktikan negara itu kawan sejati Malaysia.
Keikhlasan Australia membantu Malaysia dianggap oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu budi daripada 'sahabat setia' Malaysia.
Najib dalam lawatan dua harinya ke Australia pada Khamis lepas, meluahkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan sejawatannya Tony Abbott dan 25 negara lain yang membantu Malaysia mencari pesawat itu.
"Kami juga berterima kasih kepada semua yang membawa kepakaran masing-masing untuk merungkai apa yang dikatakan oleh Abbott sebagai 'antara misteri paling hebat abad ini'," kata Najib dalam sidang media bersama-sama Abbott.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan sebelum diperluas ke bahagian barat Semenanjung Malaysia termasuk ke Laut Andaman dan Lautan Hindi selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal.
Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
Keihklasan Australia terus terserlah apabila Abbott bersetuju untuk menyertai siasatan kehilangan MH370 sebagai 'Wakil Bertauliah'
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata Australia sedang menggubal perjanjian komprehensif berhubung perkara itu, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
"Selain Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan China juga merupakan Wakil Bertauliah dalam siasatan itu," kata Houston dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
Semasa lawatan itu, Najib dan Abbott juga membincangkan fasa baharu dalam misi membabitkan penggunaan dron dan peralatan lain untuk pencarian di dalam air.
Sehari kemudian JACC mengumumkan fasa baharu pencarian dan Houston dilapor berkata usaha pencarian bawah permukaan air itu bertujuan mengesan isyarat daripada kotak hitam.
Setakat Sabtu, pencarian bawah permukaan air itu belum membuahkan hasil dan misi kini disifatkan sebagai perlumbaan mengejar masa sebelum kotak hitam pesawat kehabisan hayat bateri.
Bagaimanapun pada petang Sabtu, kapal China, Haixun 01 mengesan denyut elektrik di dalam Lautan Hindi.
Mengulas perkara itu, Houston berkata perkembangan terkini tersebut belum boleh disahkan kerana masih dalam siasatan.
Budi mereka yang terbabit dalam misi menjejaki MH370 akan sentiasa dikenang Malaysia seperti yang diluahkan oleh Najib ketika melawat Pangkalan Udara Pearce: "Kami mengiktiraf usaha oleh ratusan lelaki dan wanita yang terbabit dalam pencarian ini.
"Saya tahu tugas ini getir kerana terpaksa berdepan dengan cuaca buruk dan suasana yang amat mencabar. Malaysia sangat-sangat menghargai keberanian dan komitmen anda." - Bernama
Labels:
MH370
Catat Ulasan