KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370 Penemuan makin hampir
PERTH : Dua isyarat terbaru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu yang konsisten dengan isyarat kotak hitam pesawat menjadikan usaha mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi semakin menghampiri kepada penemuan, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Ketua JACC Angus Houston berkata, selepas dua isyarat dikesan kapal Tentera Laut Diraja Australian (RAN) Ocean Sheild pada Sabtu dan Ahad lalu, dua isyarat sama dikesan alat pengesan ping (towed ping locator) yang direka khusus untuk mengesan isyarat kotak hitam kapal terbang, semalam
“Diharapkan dalam beberapa hari ini, kita akan dapat menemui sesuatu di dasar laut yang mungkin boleh mengesahkan lokasi terakhir MH370 bersemadi," kata Houston pada sidang media di sini, pagi ini.
Beliau berkata, pasukan mencari perlu mengesan isyarat selanjutnya bagi membolehkan lokasi lebih spesifik dikenal pasti untuk memberi laluan kepada penggunaan kapal selam kecil bagi mencari sebarang serpihan.
Katanya, kapal selam itu tidak dapat digunakan sekarang kerana pergerakannya enam kali lebih perlahan berbanding operasi Ocean Sheild yang menunda alat pengesan ping dan bakal mengambil masa berhari-hari untuk menemukan sebarang bukti.
“Sekiranya Ocean Shield boleh mengenal pasti kawasan dengan lebih baik, usaha mencari serpihan pesawat menggunakan kenderaan bawah permukaan laut menjadi lebih mudah," katanya.
Pada masa sama, Houston berkata, usaha mengesan punca isyarat itu kian mendesak berikutan dua isyarat terbaru itu didapati semakin lemah berbanding dua isyarat dikesan sebelum ini, menandakan baterinya hampir kehabisan.
Gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS)masuk hari ke-33 hari ini selepas ia dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac lalu.
Operasi mencari MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu bertumpu ke Lautan Hindi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penemuan bukti meyakinkan bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di lautan itu. - Agensi
Labels:
MH370
Catat Ulasan