Home » » MH370 Umum status penumpang

MH370 Umum status penumpang


Kuala Lumpur : Satu pengumuman mengenai status penumpang akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas beberapa perkara diperhalusi termasuk pandangan daripada ahli keluarga penumpang

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata, hal ini akan diumumkan sebaik semua permasalahan yang berhubungkait dapat dipersetujui oleh semua pihak.
Katanya, semua isu atau perkara yang dibangkitkan oleh semua pihak termasuk ahli keluarga penumpang akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa esok.

“Jawatankuasa Waris Penumpang MH370 akan menetapkan satu tarikh mengumumkan status mangsa untuk urusan dokumentasi termasuk sijil kematian dapat dikeluarkan.


“Ini perlu dilakukan kerana kita tidak boleh biarkan ianya berpanjangan. Kita perlu ada ‘timeline’ untuk menyelesaikan isu berhubung keluarga penumpang,” katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, petang tadi.


Menurutnya, kerajaan juga sedang menimbang untuk memberikan sumbangan bagi meringankan beban kepada semua ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam pesawat MH370 ini
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger