Home » » Misteri warga emas berjalan seorang diri terjawab

Misteri warga emas berjalan seorang diri terjawab


Shah Alam – Misteri seorang wanita warga emas yang dilihat berjalan seorang diri di Lebuh Raya Shah Alam, petang kelmarin terjawab apabila dia sebenarnya tersesat ketika keluar bersama anaknya.
Bagaimanapun, warga emas terbabit dilaporkan sudah dijemput ahli keluarganya pagi semalam selepas berita mengenai penemuannya tersebar dalam laman sosial.
Warga emas dikenali sebagai Rahmah Baiduri berusia 70 tahun sebelum ini dilihat berjalan seorang diri di tepi lebuh raya oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang kelmarin sebelum memaklumkan kepada polis.
Difahamkan, selepas menerima maklumat orang awam, sepasukan anggota polis bergegas ke kawasan berkenaan sebelum membawa warga emas itu ke Balai Polis Bandar Baru Klang sementara waktu bagi mengesan ahli keluarganya.
Menurut sumber, polis yang membuat semakan rekod peribadi warga emas berkenaan tidak menemui sebarang maklumat mengatakan dia individu dilaporkan hilang.
Katanya, hasil percakapan, warga emas berkenaan dikatakan berasal dari Perak dan lupa jalan pulang selepas keluar dari rumah, Mymetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger