Home » » Pas, Umno perlu segera capai kata sepakat

Pas, Umno perlu segera capai kata sepakat


KUALA LUMPUR - Dua parti Melayu Islam terbesar di negara ini, Pas dan Umno perlu segera mencapai kata sepakat dalam usaha memastikan hukum hudud dapat dilaksanakan demi kepentingan masyarakat, ummah dan Islam.

Pendakwah, Ustaz Kazim Elias berkata, hukum hudud merupakan peraturan ALLAH dan tiada siapa yang boleh membantah pelaksanaannya.

"Kalau kita tengok kepada kadar jenayah dan masalah sosial, sudah tiba masanya hudud dilaksanakan hanya dengan hukum ini dapat menyelesaikan pelbagai masalah dan isu.

"Saya berharap jika kita tidak boleh laksanakan keseluruhan hukum hudud sekalipun, mungkin dapat laksanakan satu atau dua dahulu hukum tersebut," katanya selepas perasmian buku beliau, Cukup Hanya ALLAH di pusat pameran Kumpulan Media Karangkraf, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, beliau mengharapkan pemimpin Umno dan PKR yang beragama Islam dapat menyokong  usaha Pas untuk membentangkan undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kalau boleh, buat masa sekarang kita berusaha untuk ke arah itu dengan mengetepikan perbezaan politik," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya menjangkakan hudud dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan, jika Kerajaan Persekutuan membenarkan rang undang-undang persendirian dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
--SINAR
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger