Home » » Pemuda ‘penjaga’ masjid

Pemuda ‘penjaga’ masjid


Melaka: Seorang pemuda sanggup mengabdikan dirinya tinggal di masjid semata-mata ingin beribadat dan berbakti dengan ikhlas tanpa sebarang ganjaran sejak lebih lima tahun lalu.

Berbekalkan sebuah almari yang menempatkan pakaian bersama sebahagian sejadah masjid, dia tidak menganggap kekurangan kelengkapan harian buatnya sebagai alasan untuk tidak berbakti kepada masjid terbabit.
Malah, walaupun masih mempunyai ibu bapa yang tinggal di sebuah taman berdekatan, Mohd Syafiq Yusof, 29, jelas teruja dan meninggalkan keselesaan dinikmati untuk tinggal dan tidur di beranda masjid setiap malam serta menjaga kebersihan rumah ibadat itu.

Menurut Mohd Syafiq, dia berpeluang bertemu dengan bapanya, Yusof Yasin, 60, ketika menunaikan solat Jumaat dan mengakui jarang pulang ke rumah.
“Selepas Isyak saya akan keluar bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah kedai makan berhampiran dan pulang semula ke masjid selepas selesai tugas jam 1 pagi.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger