KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Perintah Allah tak penting bagi Anwar, yang penting undi – Ibrahim Ali
Pelbagai alasan yang diberi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyebelahi PAS dalam usul persendirian hudud hanya kelihatan dirinya menyebelahi DAP, kata Datuk Ibrahim Ali.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata Anwar bukan sahaja mahu menjaga hati pemimpin DAP, tetapi menganggap hudud yang sememangnya disyariatkan Allah itu bukan lagi tujuan utama.
“Hebat Anwar, demi kepentingan politik dia berusaha memberi pelbagai alasan kepada PAS supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan.
“Sebabnya, Anwar hendak menjaga hati DAP dan bukan Islam demi kelangsungan sokongan politik. Perintah Allah tidak penting bagi Anwar. Yang penting undi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud Islam.
Katanya, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan implementasi hudud di mahkamah.
“Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak contoh, termasuk Mahkamah Syariah.
“Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?” soalnya.
Ibrahim turut mengulangi gesaannya semalam bahawa hudud perlu direalisasikan dengan penuh usaha dan keazaman yang tinggi.
Katanya, baik daripada pihak Umno mahupun PAS, hasrat itu perlu dilaksanakan dengan penuh bersungguh-sungguh.
“Peringatan kepada Anwar, PAS dan Umno, ‘mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih’,” katanya, lapor The Malaysian Insider.
Labels:
Politics
Catat Ulasan