SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Puteri Diraja Sunda Gagal bukti kerakyatan
Melaka: Mereka mengejutkan dunia apabila mengaku puteri diraja Sunda ketika ditahan di Miri, Sarawak pada 2007. Bagaimanapun, dua wanita dipercayai rakyat Indonesia ini keluar masuk di empat depoh tahanan pendatang asing di negara ini sejak tujuh tahun lalu berikutan status mereka sebagai warga negara ‘hantu’.
Belum berumah tangga, Puteri Lamia Roro Wiranata, 29, dan Puteri Sathia Fathia Reza, 30, kini menghabiskan sisa-sia usia muda mereka di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini, selepas Berkenu dan Semuja di Sarawak serta Lenggeng, Negeri Sembilan.
Dengan kos menguruskan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) kira-kira sehari RM75 sehari, kerajaan membelanjakan lebih RM300,000 untuk kedua-dua wanita berkenaan sepanjang tujuh tahun ditahan di negara ini.
Mereka antara lapan tahanan di semua 12 depoh seluruh negara yang masih tidak pulang ke negara asal kerana gagal membuktikan status kewarganegaraan.
Dalam temubual eksklusif bersama Metro Ahad, wartawan mendapati kedua-dua wanita ini masih kelihatan muda dan fasih berbahasa berbahasa Inggeris walaupun menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di sebalik tirai besi.
Labels:
Headlines
Catat Ulasan