Home » » Reda masuk neraka

Reda masuk neraka


KUALA LUMPUR, 18 April Belum lagi surut isu Raza Azmi yang kononnya berpendapat tidak adil berkata wanita tidak bertudung akan masuk neraka, pengarah terkenal Erma Fatima pula “rela masuk neraka” kerana mempertahankan budaya berkemban masyarakat Melayu.
Hal itu berlaku gara-gara kritikan daripada pengikut laman sosialnya yang mendakwa beliau tidak menjaga senstiviti agama dengan memaparkan adegan wanita berkemban dalam filem arahan terbarunya “Takhta”.
Pengarah “Konsert Teaterikal Suara Kita” membalas kritikan pengikut beliau di laman Instagram dengan  berkata mereka yang tidak layak meletakkan hukum sesuka hati.
“Bila Melayu berkata-kata, berkemban lebih besar isunya dari sejarah kejatuhan Melaka. Soal hukum tiada siapa mampu mempertikaikannya tapi, menghukum bukan kerja yang Tuhan tugaskan kepada manusia.
“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya.
Tidak berakhir di situ, beliau sekali lagi dihentam gara-gara memberi komen balas kepada pengikutnya dengan mempertahankan luahannya.
Namun beliau mengaku masih jahil dan menasihatkan pengikutnya supaya tidak membuat tafsiran salah mengenai kandungan kenyataannya.
“Jangan salah tafsir kata-kata saya mengikut tafsiran sendiri menggunakan emosi,” pintanya.
Isu ini bermula apabila Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem “Takhta”.
Antara pelakon yang menjayakan watak itu ialah Erra Fazira, Soo Wincci, Azri Iskandar, Elli Suriati dan Awie.
--Sumber
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger