KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Rumah pengusaha balak ditembak
BESUT - Penduduk di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut, di sini, gempar apabila mendakwa rumah sewa seorang pengusaha balak ditembak dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Difahamkan kejadian 2.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, 49, sedang membuat kerja di dalam rumah sewanya sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan seperti mercun di luar rumah.
Menurut sumber, 10 minit kemudian mangsa keluar untuk memeriksa dan mendapati cermin tingkap berhampiran pintu rumah terdapat satu lubang dan retak.
Mangsa mengesyaki kejadian letupan dan cermin berlubang seakan-akan kesan tembakan itu ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya sebelum ini.
Difahamkan sebelum ini mangsa diberi amaran oleh pihak tertentu yang tidak berpuas hati mengenai kawasan balak yang diusahakannya di Hulu Besut.
Sumber berkata, walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesan lubang pada cermin rumah berkenaan dipercayai bukan daripada kesan tembakan senjata api, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Polis akan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut terhadap kejadian tersebut,” katanya.
Kamaruddin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
--sinar
Labels:
crime
Catat Ulasan