KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Sah isyarat kotak hitam
Perth: Pakar di Australia dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan isyarat detikan yang dikesan kapal mencari penerbangan MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi adalah peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan, demikian menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
Ketua Penyelarasnya, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pakar dari Pusat Analisis Akustik Bersama Australia (AJACC) di New South Wales dan pengeluar kotak hitam di AS mengesahkan bahawa isyarat 33.31 kHz itu adalah daripada perakam data penerbangan sebuah kotak hitam.
Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada isyarat itu datang dari kotak hitam pesawat MH370.
“Dua isyarat yang dikesan kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield ialah pada 4.27 petang dan 10.17 malam semalam,” katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan usaha menjejaki pesawat MAS Penerbangan MH370, di sini, semalam
Beliau berkata, isyarat pertama berlangsung selama lima minit dan 32 saat dan yang kedua, tujuh minit.
--hmetro
Labels:
MH370
Catat Ulasan