KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Abu Backer tarik diri kerana sudah 'menang' di Bukit Gelugor
BUKIT GELUGOR: Gara-gara kecewa dengan sistem pilihan raya di negara ini, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan sah menarik diri dari bertanding hari ini iaitu sehari sebelum tarikh pembuangan undi.
Beliau sebelum itu sempat mengisytiharkan diri telah 'menang' di Bukit Gelugor dan meninggalkan kawasan itu malam ini untuk ke Langkawi.
"Calon bebas menjadi mangsa... kami tak ada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang media di Kampung Melayu, Ayer Itam pada Sabtu.
Beliau juga mendakwa ada 'sumber tertinggi' memberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP untuk membalas jasa mereka yang memberi laluan kepada beliau di Pekan pada pilihan raya umum tahun 1976 lalu.
"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya semua parti (termasuk DAP) bagi 'walkover'... dan sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar," dakwa Abu Backer.
Beliau turut mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya bagi menghantar nama ejen pengundian serta pengiraan hari ini.
Tambahnya, kesemua penyokongnya kini akan mengikutnya ke Langkawi esok.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor pada Ahad ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.
Abu Backer akan menentang calon DAP Ramkarpal Singh Deo, Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar.
Sementara itu memetik laporan MStar, Pemangku Pengarah Pilihan Raya negeri, Azizal Ahmad berkata, penarikan Abu Backer adalah tidak sah.
"Penarikan dirinya tidak sah kerana nama calon bertanding telah dicetak pada kertas undi.
"Apapun proses pengundian esok akan berjalan seperti biasa. Dia kena hormat peraturan SPR," katanya.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/abu-backer-tarik-diri-kerana-sudah-menang-di-bukit-gelugor-36485?cp
Labels:
Politics
Catat Ulasan