SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Ahmad mengaku dipelawa masuk Pas
SEMASA krisis politik Terengganu memuncak dua hari lalu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan beliau beberapa kali diberi tawaran oleh Pas untuk menyertai parti itu.
Katanya, beliau didatangi beberapa ahli Pas yang memujuknya agar masuk parti itu.
“Pas (ahli Pas) bertalu-talu datang, mereka suruh saya buat keputusan cepat tapi saya tolak tawaran itu dan saya tegaskan saya tak mahu bertemu mereka lagi.
“Saya sayangkan Umno, sebab itulah hanya tiga sahaja Adun Umno yang umum keluar parti walau sebenarnya ada beberapa lagi (yang mahu berbuat demikian),” katanya.
Menurutnya, jika empat atau lima wakil rakyat Umno bertindak sebegitu, Pas akan memerintah Terengganu dengan majoriti kerusi Dun yang dimiliki.
Sementara itu, Ahmad berkata, walaupun beliau kini tidak lagi memegang jawatan sebagai menteri besar namun beliau tidak berdendam dengan sesiapa pun.
“Bagi saya mudah, jika orang buat baik dengan saya, saya juga buat baik, jika orang berlembut saya buat lembut, saya tak boleh orang berkasar dengan saya sebab saya seorang yang sensitif,” katanya.
Ditanya berhubung spekulasi beliau akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang membawa gelaran Senator selepas ini, beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.
Labels:
Politics
Catat Ulasan