KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Gadis Mangsa Perkosa 38 Lelaki Di Sembunyi Oleh Bapanya
Kota Bharu – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang didakwa dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki masih belum mendapat khidmat kaunseling menangani trauma berikutan disembunyikan keluarga hingga sukar didekati pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Pengarah JKM Kelantan Norazman Ab Manaf berkata, pihaknya cuba membantu pelajar tingkatan dua itu beberapa kali untuk merawat trauma dihadapi namun tidak mendapat kerjasama, malah dihalang bapa mangsa. “Kunjungan pertama adalah ketika dirawat di Hospital Kuala Krai dan pegawai kami menawarkan memberi khidmat kaunseling kepada mereka sekeluarga terutama mangsa namun bapanya menolak dengan alasan mahu menjaga anaknya sendiri. “Kelmarin kami mengunjungi rumah mangsa selepas mendapat tahu dia dibenarkan keluar hospital pada jam 4 pagi Isnin lalu, namun sekali lagi gagal apabila rumahnya bertutup tanda tidak berpenghuni,” katanya di sini, semalam. Difahamkan keluarga itu tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Guchil 1, Kuala Krai bagi mengelak daripada diganggu mana-mana pihak. Mengulas lanjut, Norazman berkata, pihaknya akan terus berusaha membantu remaja terbabit kerana yakin dia mengalami trauma yang teruk dan mengelak melakukan kejadian tidak diingini. “Kita juga bersedia membantu mana-mana ahli keluarga mangsa yang perlu bantuan sokongan dan mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana cawangan JKM di daerah,” katanya. “Banyak aspek kita boleh bantu namun untuk peringkat awal, mangsa perlu dikaunseling terlebih dulu sebelum menjalani rawatan berikutnya,” katanya, lapor Hmetro.
Labels:
crime
Catat Ulasan