Home » » Mangsa perkosa 34 lelaki di kelantan beli ubat tahan sakit 2 kali

Mangsa perkosa 34 lelaki di kelantan beli ubat tahan sakit 2 kali


Kota Bharu – “Saya tidak pasti dia (mangsa rogol) atau tidak, tetapi beberapa hari lalu dia ada datang ke sini bersama seorang pemuda kampung ini untuk membeli ubat penahan sakit,” kata seorang peniaga kedai runcit di Kampung Hutan Pasir, Keterah, di sini ketika ditanya mengenai kejadian dua remaja disyaki dirogol 38 lelaki di kampung berkenaan.
Peniaga berusia 40-an yang enggan dikenali itu mendakwa didatangi remaja berkenaan sebanyak dua kali semata-mata mahu membeli ubat penahan sakit sekali gus mengundang curiga.
Katanya, dia mengesyaki gadis berkulit putih itu salah seorang mangsa kejadian selepas melihat pemuda yang menemaninya dikejar pihak polis kelmarin.
“Memang kedai saya ada menjual ubat tahan sakit untuk keperluan penduduk kampung, tapi beberapa hari lalu remaja itu datang menaiki motosikal dengan pemuda berkenaan untuk beli dapatkan ubat terbabit dengan jumlah keseluruhan tidak lebih lima biji. “Mereka datang sebelah pagi, kemudian datang lagi pada sebelah petang. Walaupun pelik kerana datang berulang, tapi saya tidak mengesyaki apa-apa dan tidak juga bertanya lanjut.
“Malah, gadis itu juga jarang dilihat di sini dan percaya dia bukan penduduk kampung kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Seorang lagi penduduk kampung mendakwa terdengar bunyi orang berkejaran sekitar jam 6.30 pagi semalam.
Katanya, dia cuba mengintai daripada dalam rumah dan melihat beberapa lelaki ditahan sepasukan anggota polis yang melakukan serbuan di rumah kosong yang disyaki lokasi kejadian rogol.
“Rumah itu sudah ditinggalkan kosong sejak 10 tahun dan kami penduduk kampung tidak mengesyaki apa-apa,” katanya, lapor Hmetro.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger