KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
MH370: Kekasih penumpang terima panggilan telefon aneh
TEMAN wanita kepada penumpang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menaiki pesawat MH370 menerima ugutan bunuh dan beberapa panggilan telefon aneh sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, lapor NBC News.
Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, juga pernah dirompak dua kali sejak kehilangan pesawat itu.
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat kejadian ‘menakutkan’ yang mengganggu Bajc.
Bajc berkata, dia menerima pesanan teks ringkas yang mengugut, ‘Saya akan datang bunuh awak pula seterusnya,’ kira-kira dua minggu selepas pesawat itu hilang.
Beberapa imej lucah dan panggilan telefon menyeramkan juga diterima daripada nombor telefon yang sama dan dipercayai dibuat dari China.
“Ia satu lagi kejadian yang membuatkan saya tidak tahan, ia sangat mengganggu,” katanya.
Menurut Bajc, panggilan telefon dan mesej itu bermula selepas pangsapurinya diceroboh masuk buat pertama kali, seminggu selepas penerbangan MH370 hilang.
“Sesiapa yang memecah itu nyata tidak berhati-hati ketika menyelongkar kerana saya seorang yang kemas, oleh itu, saya serta-merta dapat mengesan beberapa barang diusik dan dialihkan.
“Ketika kejadian juga penjaga rumah tiada, jadi tidak mungkin dia melakukannya.
Saya juga selalu tiba ke rumah sebelum anak saya pulang,” katanya.
Bajc berkata, pencerobohan kali kedua berlaku beberapa minggu selepas itu.
“Jiran saya memberitahu ada ternampak nampak dua lelaki meninggalkan rumah saya,” katanya.
Beliau berkata, dia tidak lagi menerima panggilan daripada nombor telefon dari China itu selepas ejen FBI ditugaskan untuk mengawalnya sebaik keluarga Woods dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpanya.
Bajc sedang mengetuai Voice 370 yang mendesak pihak berkaitan terutama Kerajaan Malaysia untuk membeli data dari syarikat satelit supaya boleh dianalisis pihak bebas, lapor Hmetro.
Labels:
MH370
Catat Ulasan