Home » » Objek angkasa ditemui di China

Objek angkasa ditemui di China



BEIJING –  Objek yang terhempas ditemui di China dikenal pasti sebagai serpihan angkasa, lapor media kerajaan selepas roket Russia yang membawa satelit komunikasi jatuh ke bumi beberapa minit selepas berlepas.
Bandar Qiqihar,  di wilayah Heilongjiang, timur laut China yang bersempadan dengan timur Russia melaporkan bahawa beberapa objek dilihat jatuh dari angkasa pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.
Selepas penganalisisan dilakukan pakar menyimpulkan yang ia adalah beberapa bahagian daripada roket pembawa atau satelit, kata Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China.
Tambahnya lagi, pihak berkuasa masih berkomunikasi mengenai isu itu dengan pihak terbabit.
Laporan itu dibuat selepas pegawai angkasa Russia berkata, enjin kawalan roket Proton berfungsi pada Jumaat hanya sembilan minit selepas ia berlepas dari pusat angkasa Baikonur yang disewa Moscow di Kazakhstan, tamparan terbaru terhadap industri angkasa negara itu.
Televisyen kerajaan menunjukkan roket pembawa satelit Express-AM4P terbakar di lapisan atas ruang atmosfera.
Satelit bernilai 150 juta euro (RM660 juta) yang dibina kumpulan Airbus Astrium bertujuan untuk menyediakan akses Internet bagi memperluas liputan ke seluruh Russia yang mempunyai akses komunikasi yang buruk, lapor The Rakyat Post.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger