Home » » Terkini ; PRK Terengganu, DUN Telah Di Bubarkan benarkah ???????

Terkini ; PRK Terengganu, DUN Telah Di Bubarkan benarkah ???????


Terkini: DUN Negeri Terengganu dibubarkan  bermula 13 May 2014 bersamaan 13 Rejab 1435H. Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan. Sebarang maklumat akan diwarwakan melalui sidang media tergempar pada petang ini., BENARKAH ? ATAU SEKADAR KHABAR ANGING SAHAJA ???
SUK/TRG/MNT13514:79
Sumber berita fb
.. UNTUK BERITA RASMI AKAN MENYUSUL SEBENTAR LAGI...

KUALA TERENGGANU:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong hari ini menafikan khabar angin kononnya dewan undangan negeri dibubarkan berikutan perkembangan politik terbaru di negeri ini.

Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.

"Bagaimana nak bubarkan Dun, sedangkan saya sebagai Speaker Dun pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Khabar angin tersebar luas melalui SMS dan aplikasi Whatsapp kononnya Dun Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini dan pilihan raya negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari.

Mohd Zubir turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Khabar angin tersebar selepas bekas menteri besar Terengganu dan anggota DUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan dua lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Umno - Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi)- mengisytiharkan keluar daripada parti dan menjadi wakil Bebas.

Dengan perkembangan terbaru politik itu, wakil BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini tinggal 14, PAS (14) dan PKR (1).

Selepas Ahmad meletak jawatan sebagai menteri besar semalam, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/speaker-nafi-khabar-angin-dun-terengganu-dibubarkan-35747?cp
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger