SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Home
»
Politics
»
Usaha Untuk Cuba Adu Domba Pertukaran Menteri Besar Terengganu Hanya Kerja Sia-sia
Usaha Untuk Cuba Adu Domba Pertukaran Menteri Besar Terengganu Hanya Kerja Sia-sia
KUALA LUMPUR 16 Mei – Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu Datuk Sabri Alwi yakin kemelut yang melanda parti itu di negeri berkenaan baru-baru ini telah pun selesai dan mana-mana pihak yang cuba mengadu domba perlu menghentikan perbuatan berkenaan kerana ianya adalah kerja yang sia-sia.
Malah beliau turut percaya Menteri Besar yang baru, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman telah mendapat mandat daripada pimpinan dan masing-masing memberi tumpuan untuk berkhidmat serta berbakti kepada rakyat negeri Terengganu.
“Lagi pun apa yang berlaku adalah salah faham dan sekali lagi ditegaskan mana-mana pihak yang cuba mengidupkan kembali perkara ini hentikanlah perbuatan yang membuang masa itu.
“Hari ini percayalah seluruh barisan kepimpinan yang sedia ada tidak akan menoleh ke belakang sebaliknya bergerak ke depan kerana rakyat telah memberikan harapan pada pilihan raya umum yang lalu.
“Jadi persoalan serta perkara ini tidak harus berbangkit lagi dan apa yang penting hari ini adalah meneruskan apa yang telah diusahakan oleh bekas Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Said,” katanya kepada UMNo-Online, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah kebijaksanaan pimpinan UMNO dalam mengatasi kemelut yang berlaku itu adalah perkara yang membanggakan.
“Alhamudlillah segala-galanya telah selesai…Saya yakin dan percaya akar umbi boleh menerima perkara ini dan meyakini kepimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman untuk melaksanakan tanggungjawab.
“Dalam suasana hari ini, perlu diingat bahawa musuh kita adalah diluar sana dan bukannya di dalam parti. Kita sama-sama teruskan kerja dan melaksanakan apa yang diharapkan oleh rakyat. Itulah tugas kita,” ujarnya. -MediaUMNO
Labels:
Politics
Catat Ulasan