SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Home
»
Politics
,
Video
»
Video : Pemilihan PKR 2014 Pergaduhan Antara Penyokong Abdullah Sani Dengan Radhakrishnan
Video : Pemilihan PKR 2014 Pergaduhan Antara Penyokong Abdullah Sani Dengan Radhakrishnan
Satu pergaduhan telah tercetus ketika proses pembuangan undi di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari tadi. Pergaduhan membabitkan penyokong-penyokong dua orang calon Ketua Cabang Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Radhakrishnan a/l Nallusamy.
Pergaduhan mulai tercetus lebih kurang pukul 11:00 pagi. Walaupun dikatakan punca pergaduhan adalah disebabkan beberapa orang lelaki Melayu yang merupakan penyokong tegar Abdullah Sani menceroboh masuk ke dewan pengundian yang kemudian dibantah oleh para penyokong Radhakrishnan namun, sumber memberitahu punca sebenar pergaduhan tersebut adalah apabila salah seorang daripada lelaki Melayu yang menyokong Abdullah Sani berteriak 'PARIA! PARIA!' kepada penyokong-penyokong Radhakrishnan yang cuba merempuh masuk dewan pengundian bagi menghalang perbuatan sabotaj penyokong Abdullah Sani.
Hampir-hampir sahaja berlaku pergaduhan berdarah kalau tidak dileraikan oleh para petugas pemilihan. Pekarangan dewan tempat berlangsungnya proses pemilihan riuh rendah dengan jerit pekik serta maki hamun kedua-dua belah penyokong.
Memandangkan keadaan semakin tegang, satu perbincangan telah diadakan membabitkan calon-calon Ketua Cabang. Untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk, akhirnya JPP memutuskan untuk meneruskan proses pengundian dengan tambahan masa mengundi sebanyak satu jam dan pusat pengundian hanya akan ditutup pada pukul 6:00 petang.
Related Articles
- Penyokong Pakatan Rakyat Hendak Berbogel Jika BN Menang Di Teluk Intan
- BN rampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan
- Najib minta kedutaan bantu Presiden PAS yang dirawat di Istanbul
- DAP Sahkan Dyana Sofya Bantah Pelaksanaan Hudud Di Malaysia
- Penyokong Pakatan Rakyat Hina Almarhun Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- 50 Pegawai Tadbir Kerajaan Terengganu bertukar
Catat Ulasan