Home » , » Video seram lelaki diserang entiti misteri tersebar

Video seram lelaki diserang entiti misteri tersebar


Tidak dapat dipastikan kebenaran video seram yang mula viral di laman YouTube ini.
Ia merupakan rakaman kamera pengawasan di salah sebuah tingkat bangunan yang menyaksikan seorang lelaki berjalan seorang diri sebelum dia tiba-tiba ditolak oleh satu bayangan entiti hitam.
Sebaik saja terjatuh, entiti tersebut dilihat menarik kakinya sehingga dia terseret beberapa kaki.
Lelaki yang ketakutan itu kemudiannya segera melarikan diri sebaik sahaja kakinya dilepaskan oleh entiti itu.
Pelbagai komen yang diterima daripada para penonton video tersebut.
Ada yang menganggap video tersebut sebagai asli, namun ada juga yang menyifatkan rakaman itu sebenarnya diubahsuai menggunakan teknik imej janaan komputer atau CGI, lapor Mynewshub.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger