KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Home
»
Headlines
»
Wahida Abd Rahim? Kenapa Kau Isytiharkan Keluar Islam dan Peluk Agama Kristian Secara Terbuka?
Wahida Abd Rahim? Kenapa Kau Isytiharkan Keluar Islam dan Peluk Agama Kristian Secara Terbuka?
Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah : Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.[6]
Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:[7]
Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:[8]
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman.[9] Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.
Dan jika mengikut Hadith sahih , ada tiga perkara yang menghalalkan darah Umat Islam dilalirkan jatuh kemuka Bumi ini ,
1. Murtad dan Tanpa sesal malah berbangga bila Murtad itu
2. Bermukah dengan Isteri orang lain
3. Hutang darah dibayar darah
Saya sokong hudud , jika tidak dibuat Begini Akan ramai lagi Umat Islam yang Bakal tidak hormat dan patuh kepada Islam ... Keluar masuk sesuka hati ..
Hari ini jika ada Melayu yang Cuba Murtad tidak Dibenarkan malah Akan Di kaunseling dulu kita nak tahu kenapa mereka ini nak Murtad ... Sehingga hari ini kita Umat Islam yang berbangsa Melayu Di malaysia tidak pernah ada Surat beranak Atau IC yang tulis Bangsa : Melayu .... Agama : lain lain . Allahuakbar
Dan bagi yang bukan Islam Cuba faham , hudud tidak terlibat dengan anda semua yang beragama lain .
--sumber anak seberang blogspot
Labels:
Headlines
Catat Ulasan