SETIU: Satu mayat reput tanpa kepala ditemui terdampar di Pantai Kuala Baru, Kampung Mangkok Penarik di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata jantina mayat itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaannya yang reput.
Mayat itu ditemui seorang nelayan, Zulkifli Mamat, 31, ketika berjalan di pantai berkenaan yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Penarik, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Ketika ditemui keadaan mayat telah reput dengan tidak mempunyai kepala manakala kedua-dua kakinya tinggal dari paras lutut sahaja...sebahagian daripada daging mayat yang reput itu didapati masih terlekat pada tulang," katanya.
Katanya mayat berkenaan dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat dan mengenal pasti jantinanya.
Katanya siasatan awal mendapati tiada sebarang laporan mengenai orang hilang diterima polis dalam tempoh terdekat ini.
- BERNAMA
SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Catat Ulasan