SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Polis tingkat rondaan di ibu kota hadapi sebarang kemungkinan
KUALA LUMPUR: Polis meningkatkan rondaan dan menjalankan pemantauan ketat di beberapa lokasi di ibu kota berikutan terdapat desas-desus rancangan perhimpunan haram bagi menggulingkan kerajaan.
(Gambar Sekadar Hiasan)
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainulddin Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya memberikan tumpuan di kawasan pusat beli belah Sogo, Masjid Jamek, dan Pasar Seni kerana kawasan berkenaan dipercayai menjadi lokasi berkumpul awal.
"Polis sudah membuat segala persiapan dan kita juga menempatkan anggota polis untuk menangani perhimpunan tersebut," katanya.
Katanya polis meningkatkan rondaan di sekitar kawasan ibu kota bagi menjamin keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam.
Tinjauan mendapati anggota polis yang lengkap berpakaian operasi turut melakukan rondaan di sekitar Dataran Merdeka.
- BERNAMA
Labels:
B Malaysia
,
Headlines
Catat Ulasan