Home » , » 100 mat rempit kepung Balai Polis Pasir Puteh

100 mat rempit kepung Balai Polis Pasir Puteh


Ipoh: Lebih 100 mat rempit mengepung Balai Polis Pasir Puteh di sini, sebelum memecahkan cermin sebuah kereta di kawasan letak kereta balai berkenaan hingga memaksa siren dibunyikan bagi menyuraikan kumpulan samseng jalan raya itu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, kumpulan mat rempit itu dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas motosikal rakan mereka terbabit kemalangan dengan PERODUA Myvi di Taman Mutiara, di sini.
Sumber berkata, sebelum serangan itu, seorang lelaki menaiki kereta PERODUA Myvi memasuki kawasan balai polis dan berlari menuju ke arah dua anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai itu.

“Beberapa minit kemudian, seorang lelaki lain turut memasuki kawasan balai sebelum bertindak menghentak cermin kereta PERODUA Myvi itu menggunakan topi keledar hingga pecah.

“Pada masa sama, sekumpulan 100 motosikal dinaiki mat rempit berhimpun memenuhi jalan besar Pasir Puteh dan pekarangan kawasan balai polis berkenaan.
--BH
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger