Home » , » 22 ekor lembu mati dipanah petir di Melaka

22 ekor lembu mati dipanah petir di Melaka


ALOR GAJAH: Tiga orang penternak kerugian kira-kira RM45,000 apabila 22 ekor lembu mereka ditemui mati bergelimpangan di dalam kandang dipercayai akibat disambar petir di Kampung Ramuan Cina.

Sabaruddin Abd Majid, 54, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika hendak melepaskan 46 ekor lembunya dari dalam kandang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
"Pada mulanya saya fikir semua lembu tersebut sedang tidur di bawah pokok buluh dalam kandang. Namun saya terkejut apabila melihat 22 daripadanya terbaring dan perut mereka kembung," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata beliau yang mengesyaki kejadian tersebut akibat perbuatan khianat telah memaklumkannya kepada dua lagi rakan penternaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Lubok China pada jam 11.45 pagi tadi.

Bagaimanapun pihak polis memaklumkan bahawa lembu yang bernilai antara RM1,000 hingga RM3,500 seekor itu dipercayai dipanah petir ketika hujan lebat kira-kira 8.45 malam tadi, katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham berkata siasatan polis mendapati 22 ekor lembu terbabit mati akibat dipanah petir berdasarkan terdapat kesan panahan petir pada pokok buluh di dalam kandang. - BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger