1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
4 bot tangkap ikan terbakar
DUNGUN 10 Jan. - Lebih 12 nelayan pesisir pantai di sini terjejas mata pencarian selepas empat bot yang digunakan untuk menangkap ikan terbakar awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi berhampiran jeti Kampung Sungai Buaya, Seberang Pintasan dekat sini, satu dari empat bot itu musnah dan nyaris tenggelam sepenuhnya manakala tiga lagi bot terbakar sehingga 90 peratus.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Salah seorang saksi kejadian, Shukri Abdul Aziz, 37, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari jeti berkenaan.
"Masa itu saya sudah nampak ada asap berkepul-kepul dari arah jeti dan saya suruh budak-budak yang tengah minum di kedai makan berhampiran tengok dulu apa yang berlaku sebelum saya bergegas ke tempat kejadian.
"Sebaik sahaja sampai, saya lihat api sudah marak dan ketika itu hampir tiga bot sedang terbakar sebelum seorang lagi rakan saya cuba menghubungi bomba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam pada itu, seorang daripada empat pemilik bot itu, Azman Mohd. Noor (gambar) 45, ketika ditemui memberitahu, kejadian tersebut hanya disedari selepas diberitahu oleh seorang remaja yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.
"Saya cuba untuk menyelamatkan apa yang boleh namun gagal disebabkan api marak terlalu cepat. Habis semua peralatan menangkap ikan, enjin bot dan peralatan elektronik dalam bot itu musnah," katanya yang telah menjadi nelayan seawal usia 16 tahun.
Jelas Azman, akibat kejadian itu, beliau mengalami kerugian sekitar RM120,000 manakala tiga lagi pemilik bot mengalami kerugian yang dianggarkan sehingga RM150,000 bagi setiap bot.
"Kejadian ini memang menjejaskan mata pencarian saya dan tiga lagi awak-awak yang selama ini hanya mencari rezeki dengan menangkap ikan," katanya yang menafikan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat sebaliknya mendakwa ia berpunca daripada masalah litar pintas.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdullah Zawawi Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.36 pagi dan tiba dengan kekuatan dua buah jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun.
"Punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Labels:
B Malaysia
,
Headlines

Catat Ulasan