1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Home
»
»
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
Dua maut kemalangan tiga kenderaan
TEMERLOH: Dua maut masing-masing pemandu dan penunggang motosikal dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 125 Jalan Lama, Kuantan-Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Seberang, petang tadi.
Kejadian jam 2.45 petang itu dipercayai akibat kereta yang dipandu dari arah Maran tiba-tiba terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal.
Lori yang datang dari arah bandar ini juga gagal mengelak seterusnya merempuh kereta dan motosikal berkenaan.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, kejadian itu menyebabkan pemandu dan penunggang maut di tempat kejadian.
--Hmetro

Catat Ulasan