SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Ismawi tidak akan didakwa hasut guling kerajaan - Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mendakwa Ismawi Hadani yang memuat naik kenyataan bagi menghasut pengikut akaun Facebook miliknya untuk mengguling kerajaan.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara sudah mempertimbang semua faktor berkaitan kes ini dan memandang serius kesalahan yang dilakukan.
"Bagaimanapun, sebagai pendakwa raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi
yang menunjukkan dirinya sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam,"
katanya dalam satu kenyataan.
Ismawi, 25, seorang penganggur yang memiliki akaun Facebook atas nama Asmaelz Hadzeny dan Asmaelz Hadzeny II, ditahan di Kampung Karambut, Saratok, pada 26 Disember lalu.
Dia ditahan reman sepuluh hari oleh polis Bukit Aman berkaitan kenyataannya 'sertai Himpunan Guling Kerajaan' yang didakwa menghasut orang ramai
mengadakan tunjuk perasaan.
Abdul Gani berkata siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak mendapat sebarang sokongan daripada rakan dan pengikut akaun Facebook sebaliknya dia dikutuk serta dikritik kerana membuat kenyataan itu.
"Beliau juga didapati tidak bertindak mempertahankan dirinya malah mengalah
sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya," katanya.
Sabtu lalu, Ismawi memohon maaf dan berkata beliau membuat kenyataan itu
hanya sekadar untuk suka-suka tanpa memikirkan akibatnya.
Kes itu disiasat mengikut aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. - Bernama
Labels:
B Malaysia
,
Headlines
Catat Ulasan