KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Lelaki mengamuk cederakan polis
KUALA PILAH: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan kerana mengamuk menggunakan pemutar skru hingga mencederakan seorang anggota polis yang cuba menahannya di pekan ini, 5.30 petang semalam.
(Gambar Hiasan)
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Hasan Mohamad,44, memberitahu lelaki berusia 30-an dikenali sebagai 'Man' itu mulanya dilihat berjalan dalam dalam keadaan bengis sambil melaungkan kalimah Allahuakbar beberapa kali.
"Kebetulan saya bersama seorang anggota polis dari Balai Polis Kuala Pilah melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar pekan ini.
"Waktu itu kami berehat di sebuah kedai telekomunikasi sebelum meneruskan rondaan dan terdengar bunyi bising di dari arah luar kedai.
"Saya dapati lelaki itu kelihatan tidak terurus dan bertindak luar kawalan seperti orang gila.
"Dia melaungkan kalimah Allahuakbar beberapa kali dan di belakangnya terdapat beberapa anggota polis sedang mengekorinya. Sambil berjalan, dia memegang pemutar skru sambil diarahkan kepada orang awam yang melihatnya," katanya.
Katanya, akibat terlalu agresif hingga mampu mengundang kecederaan kepada orang awam, anggota polis terbabit cuba mengari Man.
“Selepas melihat keadaannya bertambah agresif dan bimbang akan mencederakan orang awam, polis bertindak menggari kedua-dua belah tangannya hingga menyebabkan Man meronta-ronta.
"Akibat tindakan agresifnya itu seorang anggota polis cedera di tangan terkena pemutar skru," katanya.
Hasan berkata, lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai untuk diambil keterangan lanjut.
“Semasa di balai, anggota polis memaklumkan sebelum mengamuk di pekan, Man terlebih dahulu memecah tingkap sebuah kereta di masjid Jamek Yamtuan Raden, di sini," katanya.
---Hmetro
Labels:
B Malaysia
,
crime
Catat Ulasan