KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
‘Mereka nak balik juga’
Daro: “Kami minta mereka tangguhkan sementara berikutan ombak besar ketika itu, tetapi mereka tetap mahu pulang kerana perlu membuat persiapan menyambut Maulidur Rasul, hari ini (semalam),” kata Rosmah Wali, 50, tuan rumah majlis perkahwinan yang dihadiri 27 ahli kumpulan zikir sebelum bot dinaiki mereka karam di muara Sungai Lassa berhampiran Kampung Kut, Pulau Bruit, di sini, tengah hari kelmarin.
Menurut Rosmah, kumpulan zikir berkenaan membuat persembahan bagi memeriahkan majlis persandingan anak lelakinya, Muhamad Zakaria Ehsan, 26, dengan pasangannya, Suhida Safiee, 24, di Kampung Saei, di sini.
“Mereka termasuk 24 penduduk Kampung Tekajong, di sini, sebenarnya mempelawa diri untuk membuat persembahan pada majlis itu.
“Kumpulan diberi nama Narawak itu kemudiannya memohon untuk pulang selepas membuat persembahan kira-kira jam 12 tengah hari.
“Menyedari keadaan laut bergelora, saya meminta mereka menangguhkan kepulangan, tetapi mereka memberitahu perlu pulang segera kerana mahu membuat persiapan untuk perarakan Maulidur Rasul peringkat kampung pada keesokan harinya.
--Hmetro
Labels:
B Malaysia
,
Disaster
Catat Ulasan