Home » , » Punca Sebenar Pensyarah IPTA Bunuh Isteri Dan Membunuh Diri

Punca Sebenar Pensyarah IPTA Bunuh Isteri Dan Membunuh Diri


Hasil siasatan awal, pihak polis mendedahkan dalam sebuah laporan berita, ia berpunca dari konflik rumah tangga yang kini dalam proses penceraian di mahkamah. Laporan itu juga menyebut, masalah perkahwinan dipercayai menjadi punca tragedi.

Konflik rumah tangga seorang pensyarah dan isterinya yang dalam proses penceraian di mahkamah berakhir dengan tragedi berdarah apabila pasangan itu ditemui mati dengan masing-masing mempunyai kesan kelar dan tikam di di Hotel Prescott di sini semalam.

Semasa ditemui pada pukul 5 pagi itu, mayat Norazlina Mohamed Saaid, 49, seorang suri rumah ditemui terbaring atas lantai dengan kesan beberapa tikaman di kepala dan kelar di leher. Mangsa ketika itu hanya memakai pakaian dalam.

Suami Norazlina, Ghazalee Ahmad, 58, pula mati dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini selepas dia ditemui sedang duduk di atas katil di hotel tiga bintang itu dengan kecederaan teruk di leher akibat kelar.

Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger